Para sarjana dan cendekiawan Islam di seluruh pelosok dunia telahpun
menghuraikan secara panjang lebar akan maksud kalimah mahdi. Malah ada yang
menulis risalah yang hanya memperkatakan tentang asal-usul dan maksud perkataan
Mahdi itu saja. Begitulah mendalam dan halusnya penelitian mereka terhadap soal
istilah ini.
Ada yang memberikan definisi Imam Mahdi itu berdasarkan
mafhum hadis-hadis mengenainya, yaitu dengan cara melonggokkan semua sifat
peribadinya, keadaan munculnya, kelebihan-kelebihannya dan masa pemerintahannya.
Uraian yang seperti ini sebahagian besarnya sangatlah panjang dan terperinci,
sehingga tidak perlu kepada uraian yang lain lagi. Berdasarkan itu, penulis
merasakan sudah tidak perlu lagilah turun tangan untuk memperpanjangkan
penjelasan bagi maksud kata Mahdi tersebut.
Namun, terasa pula
kekurangan yang nyata pada buku ini, karena para cendekiawan pada hari ini pasti
tidak akan berpuas hati sekiranya maksud istilah Mahdi itu tidak dijelaskan,
biarpun berupa sebuah uraian yang pendek. Sebenarnya bagi penulis, uraian
istilah tidaklah sepenting mana karena maksud dan asal-usul penggunaan sesuatu
istilah itu tidak membawa apa-apa kesan – tidak menambah dan tidak mengurang –
melainkan jika istilah itu membawa makna sesuatu yang buruk dan dikeji syarak.
Selagi sesuatu istilah itu diluluskan syarak, harus saja kita menggunakannya.
Tidak perlulah mengkajinya secara mendalam dan disusur secara
halus.
Tetapi mungkin sudah teradat dalam sistem pembelajaran yang
bersumber dari pada Barat hari ini, setiap istilah itu perlu dihuraikan maknanya
walaupun secara ringkas. Mungkin juga disebabkan Ibnu Taimiyah dahulu pernah
menghuraikan dengan panjang lebar dan sistematik akan maksud dan makna istilah
SUFI di dalam bukunya, maka para sarjana Islam hari ini pun turut amat
dipengaruhi oleh ‘sunnah’ yang telah ditinggalkan oleh ‘imam mjutahid terulung
dan mujaddid terbaik’ mereka itu. Macam satu kemestian pula, takrif bagi sesuatu
istilah itu diberi uraian, pada bahagian awal buku mereka, walaupun dengan serba
ringkas. Macam tidak sah uraian sesebuah buku, jika takrif dan asal-usul
istilahnya tidak dihuraikan terlebih dahulu. Tidak tulen Taimiyahisme mereka
kalau tidak menghuraikan maksud sesuatu istilah di dalam buku atau tulisan
mereka.
Takrif dan definisi khusus bagi istilah Al-Mahdi tidak ada
dijumpai di dalam Al-Quran dan tidak ada juga dijumpai di dalam hadis-hadis yang
mulia. Sebabnya mudah saja, yaitu Rasulullah SAW dirasulkan bukan untuk membuat
takrif-takrifan atau untuk merumuskan definisi-definisi. Para Sahabat RA juga
tidak berapa hirau dengan asal-usul penggunaan istilah Mahdi itu. Para tabiin
dan tabiit tabiin RH juga tidak ambil pusing pun dengan istilah ini. Jika ada
dalam kalangan mereka yang menghuraikannya, uraiannya hanyalah ringkas dan
mudah, tepat dengan makna yang dikehendaki, dan menurut apa yang dihuraikan
sunnah.
Hanya para ulama terkemudian saja yang memberikan secara
ringkas, menurut kefahaman mereka, untuk lebih menguatkan kefahaman orang ramai.
Tidak lebih dari itu. Tetapi, setelah semakin lama Islam berkembang dan pada
ketika umat Islam semakin lemah penguasaannya, maka semakin kuat pula umat
Islamnya bergantung kepada maksud dan penggunaan sesuatu istilah. Hasilnya, pada
hari ini macam tidak sah pula penggunaan sesuatu istilah yang diperkenalkan
kepada umum, melainkan setelah dihurai dengan panjang lebar dan khusus akan
maknanya.
Banyaklah yang bangun menghuraikan makna sesuatu istilah yang
diberi. Banyak pula yang mengulas makna bagi sesuatu istilah itu, baik dari segi
positifnya, negatif atau kedua-dua sudutnya. Banyak pula ulama dan cendekiawan
yang mengeluarkan buku atau kitab yang khusus menghurai mengenai sesuatu istilah
dan buruk baiknya penggunaan istilah itu.
Awal bayan, kuniyah Rasulullah
SAW yang ke-57 ialah Al-Mahdiy.
Perkataan Mahdi yang digunakan oleh
orang-orang Melayu pada hari ini, berasal dari perkataan Arab jati, MAHDIYYU,
dari kata akar HADA atau HAADA, bererti petunjuk atau kurnia. Kalimah MAHDIYYU
bermaksud Orang yang Diberi Kurnia, dan juga bermaksud Orang Yang Diberi
Petunjuk. Namun, perkataan atau istilah Arab yang dipinjam itu telah mengalami
sedikit perubahan bunyi dalam bahasa Melayu, yaitu Mahadi. Dan kata pinjaman itu
kekal begitu, tidak ada perubahan dari segi nahw dan sarf, karena dalam bahasa
Melayu, tidak ada ilmu nahu dan saraf. Maka bunyinya kekal sebagai Mahadi atau
Mahdi; tidak ada mahdiyyu, tidak ada mahdiyyi, tidak ada mahdiyyun dan tidak ada
mahdiyyin.
Dan terjadi juga sedikit perubahan erti, karena istilah Mahdi
atau Mahadi dalam bahasa Melayu, khusus untuk kata nama kepada peribadi tersebut
saja, dan sama sekali tidak ada erti lain lagi yang terpakai baginya. Tidak ada
makna umum bagi istilah Mahdi dalam bahasa Melayu.
Secara khususnya di
dalam bahasa Melayu, Mahadi atau Mahdi itu merujuk kepada suatu jawatan yang
sangat mulia, peribadi yang akan muncul pada akhir zaman, membangunkan semula
Islam dan meninggikannya di atas agama-agama lain. Biasanya orang-orang Melayu
menyebutnya sebagai Imam Mahadi, Imam Mahdi, Imam Al-Mahdi atau Imam Mahdi,
sebagai suatu penghormatan beliau yang khusus.
Dan di dalam buku ini,
penulis gunakan istilah Imam Mahdi. Istilah ini dirasakan lebih sesuai pada masa
ini karena pemikiran orang Melayu sekarang sudah sedikit terbuka dan bersedia
menerima sesuatu istilah walau bagaimana bentuknya. Istilah ini lebih cenderung
kepada Arabnya, karena asal istilah itupun memang dari bahasa Arab. Orang Melayu
hanya menggunakannya bulat-bulat.
Begitulah hormatnya orang-orang Melayu
kepada beliau. Malah ada orang Melayu yang menyapanya sebagai baginda, merujuk
kepada ketinggian keturunannya dan ketinggian pangkatnya dalam masyarakat. Orang
Arab pada zaman dahulu pun banyak menggunakan sebutan Imam kepada beliau,
sebagai tanda hormat mereka, tetapi pada zaman ini, setelah orang-orang Arab
belajar tinggi-tinggi dan memiliki ijazah yang bergulung-gulung, dan banyak yang
diiktiraf sebagai cerdik pandai tersohor, mereka tidak memanggilnya dengan
sebutan Imam lagi, malah sebutan Imam itu sudah seakan-akan pupus dari
perbendaharaan kata, untuk mereka sebut kepada beliau.
Orang-orang Arab,
terutamanya para ulama pada masa-masa lampau menggunakan istilah Alaihis Salam
kepada beliau, suatu istilah yang lazimnya digunakan khusus bagi para nabi zaman
dahulu. Tetapi orang-orang Arab pada hari ini, seperti juga orang-orang Melayu
pada hari ini (yang tidak lagi memanggil beliau dengan Imam Mahdi), sudah tidak
menggunakan istilah Alaihis Salam itu lagi kepada beliau. Sekarang ini, hanya
puak Syiah saja yang masih mengekalkan panggilan Alaihis Salam kepada beliau,
itupun sebab kewajipan percaya kepada kemunculan beliau pada akhir
zaman.
Selain itu, ada juga ulama yang menggunakan isim muannas, yaitu
dengan menyebutnya Mahdiyyah, atau pengikut Mahdiyyah. Namun, penggunaan istilah
seperti ini tidaklah popular dalam kalangan orang Melayu karena bagi orang
Melayu sejak zaman dahulu, hanya istilah Imam Mahadi saja yang sering digunakan.
Sehubungan itu, untuk mengambil berkat dari gelaran Al-Mahdi itu,
banyaklah orang Melayu di Nusantara ini sejak zaman permulaan ketibaan Islam
dahulu lagi, menamakan anak mereka dengan nama Mahadi atau Mahdi, baik secara
tunggal atau ditambah nama lain di hadapan atau belakangnya. Contohnya Mahadi
bin Abdullah. Yang ditambah namanya seperti Puteh Mahadi bin Puteh Ramli atau
Mahadi Murad bin Abdul Salam, dan sebagainya lagi. Ketiga-tiga nama tadi
hanyalah contoh saja, bukan nama mana-mana individu sebenar. Jika terjadi
kesamaan dengan mana-mana individu, maka itu adalah suatu kebetulan saja, tidak
disengajakan sama sekali.
Tetapi semua orang Islam mengakui bahwa Mahdi
itu bukannya nama dan bukan pula jawatan. Tidak ada satu jawatan yang dipanggil
Mahdi dalam sejarah Islam. Jika ada pun, seperti yang akan disebutkan secara
jelas selepas ini, sifatnya lebih kepada panggilan semasa, tidak ada yang
menggunakannya secara turun-temurun. Bukan juga menunjukkan mana-mana keturunan.
Tidak ada satu puak pun yang menggunakan panggilan Mahdi pada pangkal namanya.
Mahdi itu hanyalah gelaran, tidak lebih dari itu. Dan orang yang layak
memberikan gelaran Mahdi itu ialah Rasulullah SAW sendiri, bukannya orang lain.
Dan sebenarnya orang yang layak dipanggil Mahdi itu hanyalah seorang
saja, sama seperti yang dikehendaki hadis. Nabi SAW tidak pernah menyatakan
sesiapa pun dapat dipanggil dengan gelaran Mahdi itu. Tidak ada. Hanya Imam
Mahdi saja yang layak dan paling layak dipanggil dengan gelaran itu. Tetapi
namanya bukan Mahdi dan jawatannya pun bukan Mahdi. Mahdi itu jelas merupakan
gelarannya saja. Siapa pun boleh menggunakan istilah Mahdi itu untuk dirinya,
baik sebagai nama sebenar atau sebagai panggilan hormat.
Sesiapa saja
boleh gunakan istilah Mahdi itu, baik orang biasa maupun para pemimpinnya. Malah
para ulama pun boleh gunakan gelaran itu. Selagi tiada niat untuk menjadi
benar-benar Imam Mahdi yang dijanjikan, penggunaan istilah Mahdi itu diharuskan
syarak. Tidak ada larangan yang qatie.
Namun, orang-orang Melayu pada
hari ini sudah semakin kurang menghormati Imam Mahdi karena para sarjana dan
cendekiawan Islam-Melayu yang ada pada hari ini lazim menyebut beliau sebagai
Mahdi atau Al-Mahdi saja, tanpa perkataan Imam di hadapan gelarannya itu. Maka
tidak hairanlah jika orang ramai turut ikut sama menyebutnya Mahdi atau Al-Mahdi
saja, karena orang ramai mudah mengikut contoh yang sedia ada dalam kalangan
mereka, terutama para ulama dan cendekiawan. Maka tidaklah dapat disalahkan
kepada orang ramai seratus peratus dalam hal ini.
Ini amatlah berbeda dengan
orang-orang Melayu pada zaman dahulu, yang memanggilnya dengan sebutan Imam
Mahdi atau Imam Mahdi atau Imam Mahadi, karena mereka sangat menghormati dan
memuliakannya, karena para ulamanya sendiri menggunakan istilah seperti itu, dan
para ulamanya sendiri pun amat menghormati beliau. Maka tidak hairanlah jika
orang ramai pun turut sama sangat menghormati beliau, termasuk menyapanya dengan
gelaran Imam Mahdi.
Memang diakui bahwa orang ramai hanya mengikut para
ulama dan cendekiawan Islam. Jika ulama dan cendekiawannya menghormati beliau,
mereka pun akan turut sama hormat. Jika para ulama sendiri sudah tidak tahu
menghormati beliau, maka usahlah hairan jika orang ramai pun ikut sama tidak
hormat kepada beliau, seperti yang sedang terjadi pada hari ini.
Walaupun
terdapat beberapa makna yang dihuraikan oleh para ulama Ahlus Sunnah terhadap
definisi Mahdi itu dan kepentingannya, orang-orang Syiah ternyata lebih
mengutamakan makna Mahdi itu sendiri, walaupun tidak ada kena-mengena dengan
Imam Mahdi Ahlus Sunnah. Antara penggunaan istilah mahdi yang sudah umum di
dalam dunia Islam, antaranya seperti:
1. "Mahdi" digunakan sebagai
gelaran penghormatan tertinggi untuk beberapa individu Islam, contohnya para
khalifah yang berempat; begitu juga mereka memanggil Sayidina Ali, khalifah yang
keempat dengan gelaran itu; anak-anaknya seperti Al-Hasan dan lain-lain juga
digelar begitu; begitu juga Khalifah Bani Umaiyah, Umar bin Abdul Aziz, yang
kemudiannya diisytihar sebagai mujaddid pertama bagi kurun pertama Hijrah. Dan
mujaddid yang terakhir muncul nanti, juga dipanggil dengan gelaran Al-Mahdi.
2. Apabila gelaran "mahdi" digunakan kepada khalifah Abbasiah, An-Nasir,
baginda dianggap sebagai mahdi yang terakhir, dan orang ramai tidak perlu lagi
menunggu-nunggu sebarang mahdi pada masa hadapan. Sebabnya baginda datang dari
keturunan Bani Abbas dan bertaraf khalifah pula.
3. "Mahdi" juga
digunakan untuk orang-orang yang baru memeluk Islam, karena dia dipercayai telah
menerima petunjuk dari Allah sehingga terbuka hatinya untuk menyembah Allah yang
Maha Esa. Dalam hal ini, istilah mahdi itu bererti petunjuk dari Allah SWT,
yaitu istilah umum, bukannya istilah khusus, dan bukan pula suatu jawatan bagi
seseorang.
4. "Mahdi" juga digunakan untuk merujuk kepada panggilan bagi
jawatan tertinggi dalam angkatan tentera, yaitu kedua-dua pemimpin tentera darat
dan laut, dipanggil demikian. Antara pemimpin tentera yang terkenal adalah El
Mahdi, panglima tentera Sudan pada abad ke-19, dan Ibn Tumart, panglima tentera
yang terkenal pada abad ke-12 Masihi di Maghribi.
Seperti yang
dijelaskan, istilah Mahdi bererti ‘orang yang diberi petunjuk’. Dari segi
istilahnya pula, jika kita sebut Al-Mahdi (dengan menambah al-), artinya secara
khusus, ialah petunjuk dari Allah SWT, yaitu sama dengan petunjuk yang pernah
diterima oleh keempat-empat orang Khalifah Rasulullah SAW dahulu. Petunjuk yang
dimaksudkan ialah:
1. Petunjuk untuk membawa seluruh umat Islam kepada
Allah;
2. Petunjuk dalam hal ehwal pentadbiran dan pemerintahan;
3.
Petunjuk dalam kepemimpinan beliau; dan
4. Petunjuk yang amat khusus, yaitu
bagi diri mereka saja, yang tidak didapat oleh sebarangan orang, pada sebarangan
masa, pada sebarangan cara dan pada sebarangan tempat.
Mereka ini menjadi
laluan untuk orang ramai mendapatkan Tuhan mereka, sehingga setiap orang
menjadikan Allah SWT itu penuh di segenap ruang hati mereka, senantiasa basah di
hujung lidah mereka, senantiasa bergerak pada setiap suku anggota tubuh badan
mereka, senantiasa turun dan naik bersama-sama turun dan naiknya nafas mereka,
senantiasa hidup bersama-sama roh mereka yang sihat segar, senantiasa memimpin
hati nurani mereka dan senantiasa menyuluh akal fikiran mereka.
Tuhan
itulah cinta kasih mereka, cinta agung mereka, malah segala-galanya Tuhanlah
yang dihadapkan. Apabila Tuhan yang diutamakan melebihi dari segala-galanya, ini
akan menjadikan mereka sebagai suatu bangsa yang tinggi imannya, tinggi
takwanya, tinggi amalannya, tinggi agamanya, tinggi wibawanya, seterusnya
menghasilkan tinggi tamadunnya dan tinggi sebutannya.
Perkara-perkara
seperti inilah yang perlu diperjuangkan semula oleh kita, secara realiti, agar
kita mendapatkannya kembali, sebuah permata paling berharga yang telah sekian
lama hilang dari dalam diri kita. Permata berharga itu telah begitu lama
tenggelam ditelan lubuk lumpur jahiliyah kali yang kedua, yang lebih dikenali
oleh kita sebagai jahiliyah modern, atau disebut jahiliyah kali kedua.
Juga dimaksudkan bahwa sesiapa yang mengikut sungguh-sungguh Imam Mahdi
itu, baik sebelum kemunculannya, atau setelah kemunculannya kelak, akan diberi
petunjuk oleh Allah SWT kepadanya dalam urusan agamanya, akhiratnya dan
dunianya. Dan orang-orang yang tidak mau mengikut Imam Mahdi itu, nyata dilihat
oleh mata kasar, tidak akan mendapat petunjuk dan pimpinan dari Allah SWT,
walaupun keengganan mengikutnya itu dilakukan pada masa beliau masih lagi belum
muncul.
Mengenai keturunan Imam Mahdi itu yang sebenarnya. Tanpa
prejudis saya menulis pendapat yang sudah lama masyhur dalam dunia Islam di
sebelah Timur ini. Janganlah terkejut jika dikatakan bahwa pemimpin agung yang
bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan
muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan pula Bani Israel.
Pendapat ini bukan kami saja, tetapi banyak orang lain di sebelah sini dunia,
terutamanya di Indonesia, juga turut meyakini yang demikian.
Bani Jawi?
Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani
jawi. Pernah dengar ungkapan “masuk jawi” dan “tulisan jawi”? Apa maksud Jawi
tersebut? Bani Jawi asal-usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim Al-Khalil AS.
Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS yang masih
kecil, Nabi Ibrahim AS berjalan sampai ke sebuah tempat yang pada hari ini
dikenali sebagai Kampuchea (pada masa itu dipanggil Kembayat) dan berkahwin di
sana.
Anak dan isteri Nabi Ibrahim AS yang tinggal di Kampuchea itu
tidak ikut sekali pulang ke Babylon. Keturunan baginda AS yang tinggal itu
berkembang biak pula di Kemboja dan Nusantara, dan akhirnya bergelar Bani Jawi,
menurut lidah Arab. Jawi itu maksudnya jauh, yakni jauh dari Tanah Arab. Di
sebelah sini, keturunan Jawi itu disebut Melayu. Istilah ‘Jawa’ itu sendiri
berasal dari pengembangan istilah Jawi yang dari bahasa Arab tadi. Istilah
asalnya ‘Jawah’ atau ‘Jawi’ artinya jauh.
Maknanya, bangsa Melayu yang
ada pada hari ini, berasal dari keturunan Nabi Ibrahim AS, yang telah dibiarkan
sebegitu lama dari catatan sejarah. Malah ahli sejarah Asia Tenggara sendiri dan
antropologis dunia Melayu tidak mengaitkan bangsa Melayu sebagai keturunan
langsung dari Nabi Ibrahim AS. Tidak seorang pun dari yang berbangsa Melayu
bangga dengan keturunan mereka dari Nabi Ibrahim AS itu. Tetapi anehnya,
orang-orang Zionis pada hari ini begitu tahu dan amat yakin dengan fakta yang
terselindung ini.
Sebab itu, tidak hairanlah kalau kita dapati perisikan
Israel yang Zionis itu, Mossad, telah lama bertapak di Singapura, sebagai
penasihat penting ketenteraan dan strategik. Penapakan mereka di Singapura ini
telah begitu lama dan amat kukuh pula. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah
mengetahui siapa Rasulullah SAW dan tempat baginda SAW dilahirkan. Dan mereka
pada masa lalu, mencari petapakan di sekitar kota Madinah yang masih belum
membangun itu.
Demikian juga, pada hari ini, orang-orang Yahudi, Zionis
dan Jews telah mengetahui siapa dia Imamul Mahadi, dan tempat dia dilahirkan.
Mereka sedang kelam-kabut mencari Imamul Mahadi itu karena mereka tahu inilah
orang yang akan menjadi khalifah akhir zaman, yang akan memenuhkan dunia ini
dengan keamanan dan keadilan hakiki dan merata, yang juga bakal memimpin kaum
muslimin memerangi dan menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah jaringan Zionis
sedunia itu mengalahkan perancangan Allah SWT?
Maksud-maksud yang seni
dan mendalam inilah yang masih terselimut kukuh dari pengetahuan para sarjana
dan cendekiawan Islam, dan jika mereka tahu pun, tidak dapat dihuraikan dengan
terperinci.
Demikianlah serba sedikit uraian mengenai istilah Mahdi itu
sendiri, dari persepsi dua bangsa dan dua bahasa, yang kedua-duanya dijanjikan
telah dan akan menguasai seluruh dunia, dan yang telah dan akan memperjuangkan
Islam dalam dua zaman yang jauh berbeda. Itulah bangsa Melayu dan Arab, bahasa
Melayu dan bahasa Arab, yang menguasai seluruh dunia pada awal kurun Hijrah dan
akhir kurun Hijrah. Mereka jugalah dua bangsa yang gigih memperjuangkan Islam
dalam dua zaman tadi.
Dan seperti yang dimaklumi, Al-Mahdi itu hanyalah
gelarannya, bukan namanya. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Abdullah.
Namanya di langit adalah Ahmad. Ada beberapa sebab beliau diberi gelaran
Al-Mahdi itu, antaranya :
Pertama
RASULULLAH SAW sendiri yang
menyebut beliau dengan panggilan Al-Mahdi itu. Maka kita sebagai umat Nabi
Muhammad SAW, hendaklah menghormati beliau dengan memanggilnya Imam Mahdi, tidak
layak beliau dipanggil dengan Mahdi saja, seperti mana Rasulullah SAW
memanggilnya begitu. Rasulullah SAW bolehlah memanggilnya Al-Mahdi saja karena
beliau adalah anak cucunya, sedangkan kita adalah pengikut dan umatnya saja.
Selain itu, baginda SAW adalah bertaraf rasul, sedangkan Imam Mahdi itu
hanyalah seorang umatnya yang bertaraf wali. Maka layaklah baginda SAW
memanggilnya Al-Mahdi saja. Lagipun, baginda SAW adalah rasul kita semua, dan
Imam Mahdi itu adalah salah seorang dari umat baginda sendiri. Tidak hairanlah
jika baginda memanggil Imam Mahdi itu dengan apa-apa panggilan pun.
Janganlah dipedulikan sikap dan cara yang ditunjukkan oleh para sarjana
dan cendekiawan Islam hari ini yang memang tidak berapa tahu cara beradab di
hadapan orang yang mulia, yang dimuliakan oleh Allah SWT, sangat dimuliakan oleh
para Sahabat RA dan sangat dimuliakan seluruh penduduk langit sana. Biarlah
mereka dengan cara dan kefahaman mereka yang sedia buruk itu, jangan lagi diikut
atau dipedulikan. Kalau kita ikut juga, maka akhlak kita pun akan sama buruk
dengan akhlak mereka yang telah sedia buruk itu.
Buat apa kita ikut orang
lain, walau secerdik mana pun dia, jika akhlaknya itu sudah nyata tidak beradab
dan sesuai menurut syarak dan tasawuf. Buatlah sesuatu yang betul, sesuatu yang
telah ditunjuk secara nyata oleh syarak. Kalau seseorang itu tidak tahu beradab
dengan seseorang yang mulia, sekalipun orang itu seorang yang terpelajar dan
cerdik cendekia, dia sebenarnya bukanlah orang yang bijak dan baik, malah
seorang yang dikatakan masih bersikap kurang ajar, yang masih sangat perlu
diajar dan ditunjuk.
Dikarenakan itu juga, layaklah pula kita
memanggilnya dengan gelaran Imam, sebagai tanda kita amat mengasihi dan
menghormatinya. Hal ini sebenarnya telah dipersetujui oleh sekalian ulama,
karena menurut mereka, gelaran Al-Mahdi itu adalah suatu gelaran yang bersifat
syarie. Ulama-ulama hadis telah menapis semua riwayat mengenainya sehingga
nyatalah kebenarannya. Demikian dihuraikan kata-kata Al-Allamah Al-Muhaddis
As-Saiyid Ahmad Al-Ghumari.
Kedua
ADA DUA buah asar Sahabat RA yang menjelaskan sebab-sebab beliau
digelar sebagai Al-Mahdi.
Asar pertama datangnya dari riwayat Imam Abu
Amruddani Al-Hafiz dalam kitab Sunannya.
artinya :
Beliau mengambil
riwayat dari Abdullah bin Syaurab, yang katanya, sebab beliau digelar sebagai
Al-Mahdi karena dinisbahkan kepada nama salah sebuah gunung di Syam, tempat
lembaran-lembaran Kitab Taurat yang asli akan dikeluarkannya kembali, yang akan
membuktikan kesesatan kaum Yahudi sehingga akhirnya mereka mengakui kebenarannya
dan sebahagian besarnya memeluk Islam di tangan beliau.
HR. Abu
Amruddani
Maknanya, Imam Mahdi itu dapat membawa petunjuk kepada
kebanyakan kaum dari Bani Israel, terutamanya suku Yahudi, yang sememangnya kita
ketahui amat kukuh dibelenggu oleh kesesatan. Dan istilah mahdi itu maksudnya
beliau membawa hidayah kepada kaum Yahudi sehingga sebahagian besar mereka terus
memeluk Islam.
Riwayat kedua adalah sebuah asar yang datangnya dari Kaab
Al-Ahbar yang berkata bahwa;
عن كعب الأحبار قال : إنمّا سمّي المهدي
لأنه يهدي إلى أمر خفي، وسيخرج التوراة والإنجيل من أرض يقال لها أنطاكية.
وبعض
رواية عن كعب أيضا قال : إنمّا سمي مهديا لأنه يهدي إلى أسفار التوراة فيستخرجها من
جبال الشام يدعو إليها اليهود، فيسلم على تلك الكتب جماعة كثيرة.
Sebab
beliau dipanggil Al-Mahdi karena beliau memberi petunjuk dalam hal-hal yang
tidak jelas atau tidak nyata hukumnya selama ini. Beliau juga akan mengeluarkan
sebuah peti yang berisi lembaran-lembaran asli Kitab Taurat dan Injil dari dalam
bumi di sebuah tempat bernama Antokiah. Seterusnya beliau dapat membawa
kebanyakan kaum Yahudi pada masa itu memeluk Islam.
Imam Nuaim bin Hammad,
Al-Fitan
Ringkasnya, Imam Mahdi adalah orang yang dapat memberi petunjuk
yang tepat dalam persoalan yang selama ini tidak jelas atau tidak nyata,
sehingga nyatalah hukumnya dan rahasia-rahasianya kepada sekalian umat Islam dan
juga orang-orang bukan Islam, termasuk kaum Yahudi. Masalah yang timbul dalam
kalangan umat Islam tidak dapat diselesaikan oleh kebanyakan ulama dan
sarjananya dengan tepat. Setiap hukum yang mereka keluarkan, masih diragui oleh
sebahagian umat Islam, walaupun sebahagian yang lain menerimanya saja. Akhirnya
apabila Imam Mahdi menyatakan hukumnya yang sebenar, barulah umat Islam mau
menerimanya dan mengikutnya tanpa ada ragu-ragu lagi.
Demikian dua buah
riwayat dan uraian ringkas mengenainya.
Sesungguhnya dari bangsa Arab ada
seorang pemimpin paling agung, Rasulullah SAW yang tercinta, dari Bani Israel
pernah muncul Nabi Musa AS dan pada akhir zaman ini, muncul Imam Mahdi
Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahdi itu orang Jawi (Melayu + Jawa +
Arab). Ada darah Rasulullah SAW dalam dirinya, dari sebelah Sayidina Al-Hasan
dan Sayidina Al-Husain RA. Imam Mahdi diakui ulama-ulama besar sebagai telah
wujud lama dan akan memimpin dunia ini dengan iman yang sangat tinggi akhlak
yang sungguh mulia. Pemerintahannya adil dan saksama. Di mana beliau berada?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Imam Mahdi bukannya manusia luar biasa.
Jika dilihat dari sudut tubuh badan saja, beliau sama seperti orang lain juga.
Tidak ada yang berbeda dari segi lahir antara beliau dengan orang ramai.
Rasulullah SAW pun sama saja seperti tubuh badan kita ini. Tidak ada cahaya yang
memancar di atas kepalanya. Imam Mahdi pun begitu. Beliau juga manusia biasa,
bedanya beliau merupakan insan pilihan Tuhan. Hatinya penuh takwa, iman yang
kental yakin.
Sebagai seorang yang menjadi pilihan Tuhan, beliau
dibekalkan dengan keramat yang besar, janji-janji yang benar dan doa seluruh
kaum muslimin di serata dunia. Karena itulah beliau berbeda. Serupa tetapi
berbeda. Mana ada pemimpin dunia Islam pada hari ini yang didoakan oleh seluruh
umat Islam untuknya, tanpa mengira sempadan tempat, bahasa dan
bangsa?
Bacalah kisah Raja Jalut yang tercatat dalam Al-Quran. Pemimpin
Bani Israel itu hanyalah seorang petani dan penggembala kambing di sebuah
kampung yang jauh terpencil, tidak dikenali sesiapa pun. Tiba-tiba saja dia
dilantik menjadi pemimpin besar. Puterinya pula dikahwinkan dengan seorang rasul
yang besar, yaitu Nabi Daud AS. Ini cerita yang dikisahkan di dalam Al-Quran
sendiri.
Manakala Rasulullah SAW pula hanyalah seorang anak yatim, yang
penjaganya silih berganti dari semasa ke semasa. Pada saat dilantik sebagai
Rasul, baginda SAW pernah diperlekehkan oleh kaumnya sendiri. Banyak yang tidak
percaya. Banyak yang menolak bulat-bulat. Imam Mahdi juga akan mengalami nasib
yang sama. Ini sebenarnya Sunnatullah. Tidak ternampak perbedaan apapun antara
tubuh kasar Nabi Muhammad SAW dengan tubuh kasar orang-orang lain.
Imam
Mahdi bukan seorang insan yang datang bersinar-sinar bercahaya, atau jelas
dilihat turun dari langit dan mendarat di bumi. Bukan juga seorang yang
mempunyai kekuatan sakti yang luar biasa seperti Superman, X-men atau Incredible
Hulk. Itu hanyalah watak khayalan para pemikir Yahudi untuk mengalihkan tumpuan
remaja Islam dari mengingati para Sahabat RA yang penuh berkat dan pejuang Islam
masa silam yang penuh takwa. Bedanya beliau memiliki nusrah Allah SWT.
Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan
sinar agama di bumi ini, itupun karena pihak musuh enggan tunduk kepada Islam,
malah secara terang-terangan menentang Islam. Kemenangan demi kemenangan akan
dicapai oleh Imam Mahdi, bukan semata-mata sebab kekuatan bala tenteranya saja,
tetapi lebih karena adab dan akhlak mulianya yang begitu menyerlah dan
kepemimpinannya yang sangat adil
Imam Mahdi tidak pernah mencari harta
dan kedudukan. Malah beliaulah akan membahagi-bahagikan seluruh harta miliknya
dengan sewenang-wenangnya kepada seluruh manusia, baik yang Islam maupun yang
bukan Islam, yang soleh maupun yang derhaka. Yang taat kepadanya dan juga yang
pernah menentangnya sebelum ini. Yang beliau maukan dari setiap manusia di muka
bumi ini ialah kembali menyembah Allah SWT dan mengagungkan hanya Dia. Beliau
menyambung kerja-kerja Nubuwwah dan Khulafa. Menyeru manusia kepada Allah.
Beliau adalah Amirul Mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.
Imam
Mahdi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintanya hanyalah Allah SWT dan
Rasul SAW. Mereka sanggup mati karena agama yang suci ini seperti para Sahabat
RA dahulu. Niat mereka sama seperti Imam Mahdi. Para pengikut beliau bukanlah
pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, malah mereka membantu
Imam Mahdi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan
harta mereka.
Para pengikut Imam Mahdi digelar sebagai Mahdiyyin atau
Mahdiyyun, yang bererti golongan Mahdi atau pengikut Imam Mahdi. Istilah ini
masih belum lagi digunakan secara umum karena para pengikut Imam Mahdi yang
khusus itu belum ditetapkan secara zahir orangnya. Juga karena Imam Mahdinya
sendiri pun masih belum keluar ke dunia ini, maka pengikutnya pun tidaklah dapat
ditentukan. Bilangan Mahdiyyun ini tidak banyak, hanya beberapa ratus orang
saja.
Yang pasti, pengikut Imam Mahdi ini bukanlah orang yang biasa seperti
kita ini, bahkan merupakan orang-orang yang sangat istimewa pada zamannya dan
amat terpilih di antara yang amat terpilih. Namun perlu juga diingat, mereka ini
akan ditentukan juga sejurus sebelum Imam Mahdi muncul, disebutkan oleh Putera
Bani Tamim di hadapan seluruh rakyat. Dan mereka inilah – Mahdiyyun ini – yang
akan membaiat Imam Mahdi di antara dua Rukun seperti yang telah disebutkan
secara nyata oleh beberapa buah hadis.
Dan pada masa ini, istilah
Mahdiyyun atau Mahdiyyin ini juga digunakan untuk kumpulan yang mempercayai
konsep Imam Mahdi dan memperjuangkannya, atau golongan yang menerima hadis-hadis
mengenai Imam Mahdi dengan penuh keyakinan di dalam hati. Golongan ini adalah
majoriti masyarakat Islam sejak dahulu hinggalah ke hari ini dan pada masa yang
akan datang, didahului oleh para ulama muktabar yang bertaraf mujaddid dan
mujtahid, yang telah mendapat darjat wali-wali besar dan utama dalam kalangan
umat ini. Hanya karena pemimpin mereka itu belum muncul lagi, maka tidak ada
lagilah orang yang menyebut mereka sebagai Mahdiyyun.
Senin, 16 April 2012
Imam Mahdi itu orang Jawi (Melayu + Jawa + Arab) [Menyingkap Tabir IMAM MAHDI ]
Description : Para sarjana dan cendekiawan Islam di seluruh pelosok dunia telahpun menghuraikan secara panjang lebar akan maksud kalimah mahdi. Malah ada...
Label:
INFO
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar